Blog ini akan menyatakan tentang tajuk pengurusan masa dalam subjek Kemahiran Belajar GKB1053. Semuanya terkandung dalam blog ini dari maksud hingga ke manfaat pengurusan masa. Jika ada sebarang pertanyaan, anda (para pelawat blog) boleh memberi komen di ruangan komen. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan anda semua.
Tuesday, September 4, 2018
Cara-cara Pengurusan Masa
“Masa itu emas.”
Dengan masa kita boleh terokai potensi diri dan melakukan pelbagai aktivti yang bermanfaat. Dengan pengurusan masa juga, kita dapat bahagikan masa untuk diri dan keluarga. Penting bagi seseorang untuk menguasai kemahiran mengurus masa bagi manfaat diri dan keluarga.
1- SEDIAKAN JADUAL HARIAN: Senaraikan rutin anda, dan aktiviti yang anda ingin lakukan. Susunkan ia dalam bentuk jadual bagi rujukan sendiri. Pastikan ada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Jangan dilupakan ibadah kepada Pencipta kita kerana ia adalah prioriti, dan bukan sampingan.
2- TETAPKAN MATLAMAT: Senaraikan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Tetapkan masa mula tindakan dan jangkaan ia selesai. Tetapkan strategi untuk melengkapnya.
3- RANCANG STRATEGI: Cari kaedah dan peluang untuk multitasking dan selesaikan beberapa tugas dalam masa yang sama. Ada tugasan boleh dibuat sekali harung di masa dan lokasi yang sama. Bak kata pepatah, “Minum sambil menyelam”. Hindarkan diri dari melakukan satu kerja beberapa kali.
4- FOKUS MATLAMAT: Susun tugasan mengikut prioriti. Ada tugasan segera dan ada tugasan yang boleh ditangguhkan. Ada juga tugasan yang boleh dibuat sebahagian dan disambung kemudian. Hadkan masa bagi setiap tugasan dan rekod sebagai rujukan.
5- SEDIAKAN SENARAI SEMAK: Senarai semak boleh menbantu anda melihat sejauh mana anda telah capai, dan ia boleh menjadi sumber motivasi bagi anda untuk menyelesaikannya.
6- TAMBAHBAIK SISTEM PEMFAILAN: Pemfailan yang sistematik dan teratur boleh membantu anda menguruskan tugasan dengan lebih lancar dan berkesan. Ia juga akan membantu mengelak dari terlepas pandang atau terlupa sesuatu tugasan.
7- KERJASAMA & USAHASAMA: Apa yang penting? Kerjasama! Terdapat banyak tugasan dapat diselesaikan dapat diselesaikan dengan menjimatkan masa dan tenaga, iaitu, dengan kerjasama dan usahasama dari rakan sekerja dan ahli keluarga.
8- BERDISIPLIN & KONSISTEN: Time management can only be accomplished by men of strong heart. Kalau ia mudah, sudah pasti semua mahir menguruskan masa. Kemahiran ini memerlukan disiplin yang kuat dan usaha yang konsisten. Bersedialah secara mental, fizikal, dan rohani.
9- JANGAN PERDAYA DIRI: Suka menangguh adalah penyakit sensasi masa kini. Masa tak akan menunggu kita. Jangan menangguh kerja. Sekiranya peroleh peluang, usaha untuk selesaikan sebaiknya. Mungkin masa itu saja yang sesuai dan kita mungkin tak ketemunya lagi.
10- MUHASABAH: Nilai semula pencapaian diri yang lepas dan senaraikan tindakan yang perlu dipertimbangkan bagi mengemaskini dan menaiktaraf kaedah pengurusan masa dan tugasan yang semasa.
https://ahmedakmalhanderson.blogspot.com/2018/09/assalumualaikum-dan-selamat-sejahtera.html
Manfaat Pengurusan Masa
Terdapat beberapa kepentingan, faedah, dan manfaat yang akan diperoleh pelajar apabila mereka meyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah mereka akan dapat :
a) Menilai kembali perkara yang telah dilakukan oleh mereka.
b) Menilai sama ada aktiviti yang dilakukan itu memberi faedah atau tidak.
c) Menguruskan masa yang dimiliki dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling
optimum.
d) Menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
e) Melatih mendisiplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
f) Mempelbagaikan aktiviti yang perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang serba boleh.
g) Mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi, baik kehidupan di dunia atau di akhirat.
h) Mengelakkan amalan suka bertagguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktiviti yang lebih digemari dan mengabaikan pila aktiviti lain yang berguna.
i) Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
j) Mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
https://ahmedakmalhanderson.blogspot.com/2018/09/assalumualaikum-dan-selamat-sejahtera.html
PENGURUSAN MASA
Perancangan jadual belajar melibatkan kemahiran mengurus masa. Anda perlu mengetahui cara menggunakan masa dengan betul. Pelajar perlu menjadikan sekolah dan IPT sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu. Pelajar mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan kokurikulum, menonton televisyen, dan sebagainya. Pelajar juga mesti berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.
PENGENALAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian. Tujuan blog ini dihasilkan ialah sebagai pelaksanaan kerja kursus berkumpulan Kemahiran Belajar.
Jadi kumpulan ini terdiri terdiri daripada 3 orang ahli iaitu, Ahmed Qustum Bil'Arieef Bin Mohd Nasir, Akmal Arief Bin Ahmad Tarmizi dan Handerson Anak Michael Jeali. Kami merupakan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas ambilan JUN 2018. Kami dari kelas J1.4 mengambil opsyen PENDIDIKAN MUZIK(SK).
Jadi kumpulan ini terdiri terdiri daripada 3 orang ahli iaitu, Ahmed Qustum Bil'Arieef Bin Mohd Nasir, Akmal Arief Bin Ahmad Tarmizi dan Handerson Anak Michael Jeali. Kami merupakan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas ambilan JUN 2018. Kami dari kelas J1.4 mengambil opsyen PENDIDIKAN MUZIK(SK).
Assalamualaikum semua. Nama diberi Akmal Arief Bin Ahmad Tarmizi. Pepatah Melayu ada berkata, tak kenal maka tak cinta. Jadi,inilah saya. Saya berumur 18 tahun, berasal dari Bangi, Selangor.
Motto hidup saya ialah, "don't let the past destroy our future'.
Selamat sejahtera semua. Hai! saya pula Handerson Anak Michael Jeali. Nama panggilan saya Achik. Saya berumur 19 tahun. saya berasal dari Kuching, Sarawak.
Saya yakin bahawa setiap halangan dan cabaran mampu saya hadapi dengan tenang.
"A defense with no holes does not exist"-Ushijima Wakatoshi.(Haikyuu)
Assalamualaikum, nama saya Ahmed Qustum Bil'Arieef Bin Mohd Nasir dan nama gelaran saya ialah Aqba. Berumur 18 tahun dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Setiap cabaran atau halangan pasti ada jalan penyelesaiannya. Jadi motto hidup saya ialah, "give up is not an excuse"
Motto hidup saya ialah, "don't let the past destroy our future'.
Selamat sejahtera semua. Hai! saya pula Handerson Anak Michael Jeali. Nama panggilan saya Achik. Saya berumur 19 tahun. saya berasal dari Kuching, Sarawak.
Saya yakin bahawa setiap halangan dan cabaran mampu saya hadapi dengan tenang.
"A defense with no holes does not exist"-Ushijima Wakatoshi.(Haikyuu)
Assalamualaikum, nama saya Ahmed Qustum Bil'Arieef Bin Mohd Nasir dan nama gelaran saya ialah Aqba. Berumur 18 tahun dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Setiap cabaran atau halangan pasti ada jalan penyelesaiannya. Jadi motto hidup saya ialah, "give up is not an excuse"
Subscribe to:
Comments (Atom)







