Blog ini akan menyatakan tentang tajuk pengurusan masa dalam subjek Kemahiran Belajar GKB1053. Semuanya terkandung dalam blog ini dari maksud hingga ke manfaat pengurusan masa. Jika ada sebarang pertanyaan, anda (para pelawat blog) boleh memberi komen di ruangan komen. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan anda semua.
Tuesday, September 4, 2018
Manfaat Pengurusan Masa
Terdapat beberapa kepentingan, faedah, dan manfaat yang akan diperoleh pelajar apabila mereka meyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah mereka akan dapat :
a) Menilai kembali perkara yang telah dilakukan oleh mereka.
b) Menilai sama ada aktiviti yang dilakukan itu memberi faedah atau tidak.
c) Menguruskan masa yang dimiliki dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling
optimum.
d) Menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
e) Melatih mendisiplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
f) Mempelbagaikan aktiviti yang perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang serba boleh.
g) Mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi, baik kehidupan di dunia atau di akhirat.
h) Mengelakkan amalan suka bertagguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktiviti yang lebih digemari dan mengabaikan pila aktiviti lain yang berguna.
i) Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
j) Mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
https://ahmedakmalhanderson.blogspot.com/2018/09/assalumualaikum-dan-selamat-sejahtera.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment