Blog ini akan menyatakan tentang tajuk pengurusan masa dalam subjek Kemahiran Belajar GKB1053. Semuanya terkandung dalam blog ini dari maksud hingga ke manfaat pengurusan masa. Jika ada sebarang pertanyaan, anda (para pelawat blog) boleh memberi komen di ruangan komen. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan anda semua.
Tuesday, September 4, 2018
Cara-cara Pengurusan Masa
“Masa itu emas.”
Dengan masa kita boleh terokai potensi diri dan melakukan pelbagai aktivti yang bermanfaat. Dengan pengurusan masa juga, kita dapat bahagikan masa untuk diri dan keluarga. Penting bagi seseorang untuk menguasai kemahiran mengurus masa bagi manfaat diri dan keluarga.
1- SEDIAKAN JADUAL HARIAN: Senaraikan rutin anda, dan aktiviti yang anda ingin lakukan. Susunkan ia dalam bentuk jadual bagi rujukan sendiri. Pastikan ada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Jangan dilupakan ibadah kepada Pencipta kita kerana ia adalah prioriti, dan bukan sampingan.
2- TETAPKAN MATLAMAT: Senaraikan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Tetapkan masa mula tindakan dan jangkaan ia selesai. Tetapkan strategi untuk melengkapnya.
3- RANCANG STRATEGI: Cari kaedah dan peluang untuk multitasking dan selesaikan beberapa tugas dalam masa yang sama. Ada tugasan boleh dibuat sekali harung di masa dan lokasi yang sama. Bak kata pepatah, “Minum sambil menyelam”. Hindarkan diri dari melakukan satu kerja beberapa kali.
4- FOKUS MATLAMAT: Susun tugasan mengikut prioriti. Ada tugasan segera dan ada tugasan yang boleh ditangguhkan. Ada juga tugasan yang boleh dibuat sebahagian dan disambung kemudian. Hadkan masa bagi setiap tugasan dan rekod sebagai rujukan.
5- SEDIAKAN SENARAI SEMAK: Senarai semak boleh menbantu anda melihat sejauh mana anda telah capai, dan ia boleh menjadi sumber motivasi bagi anda untuk menyelesaikannya.
6- TAMBAHBAIK SISTEM PEMFAILAN: Pemfailan yang sistematik dan teratur boleh membantu anda menguruskan tugasan dengan lebih lancar dan berkesan. Ia juga akan membantu mengelak dari terlepas pandang atau terlupa sesuatu tugasan.
7- KERJASAMA & USAHASAMA: Apa yang penting? Kerjasama! Terdapat banyak tugasan dapat diselesaikan dapat diselesaikan dengan menjimatkan masa dan tenaga, iaitu, dengan kerjasama dan usahasama dari rakan sekerja dan ahli keluarga.
8- BERDISIPLIN & KONSISTEN: Time management can only be accomplished by men of strong heart. Kalau ia mudah, sudah pasti semua mahir menguruskan masa. Kemahiran ini memerlukan disiplin yang kuat dan usaha yang konsisten. Bersedialah secara mental, fizikal, dan rohani.
9- JANGAN PERDAYA DIRI: Suka menangguh adalah penyakit sensasi masa kini. Masa tak akan menunggu kita. Jangan menangguh kerja. Sekiranya peroleh peluang, usaha untuk selesaikan sebaiknya. Mungkin masa itu saja yang sesuai dan kita mungkin tak ketemunya lagi.
10- MUHASABAH: Nilai semula pencapaian diri yang lepas dan senaraikan tindakan yang perlu dipertimbangkan bagi mengemaskini dan menaiktaraf kaedah pengurusan masa dan tugasan yang semasa.
https://ahmedakmalhanderson.blogspot.com/2018/09/assalumualaikum-dan-selamat-sejahtera.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment